Segala-galanya terhenti, selepas peristiwa 30 hari yang lalu. 25 Dis 2011, tarikh bersejarah untuk keluargaku kerana pada hari ini satu-satunya abangku, Laili Hidayat Arifin selamat kembali menemui penciptanya. Dan kini selepas 30 hari, dia pastinya telah aman di sana.......semoga engkau tergolong di kalangan insan yang beriman abangku. Saya cuma mengharapkan semoga ibuku, .......isteri dan anak-anaknya akan tabah menerima kehilangan ini. Buat diriku sendiri, semoga akan selalu mengingati bahawa anak-anak yang ditinggalkan itu adalah amanah, anak yatim yang harus dilindungi.
No comments:
Post a Comment