sayasayangkucing
Tuesday, 24 January 2012
Hari ke-30.
Segala-galanya terhenti, selepas peristiwa 30 hari yang lalu. 25 Dis 2011, tarikh bersejarah untuk keluargaku kerana pada hari ini satu-satunya abangku, Laili Hidayat Arifin selamat kembali menemui penciptanya. Dan kini selepas 30 hari, dia pastinya telah aman di sana.......semoga engkau tergolong di kalangan insan yang beriman abangku. Saya cuma mengharapkan semoga ibuku, .......isteri dan anak-anaknya akan tabah menerima kehilangan ini. Buat diriku sendiri, semoga akan selalu mengingati bahawa anak-anak yang ditinggalkan itu adalah amanah, anak yatim yang harus dilindungi.
Wednesday, 14 December 2011
Rumahku zoo, juga arkib serta perpustakaan.
Kenapa terlalu banyak kategori rumah ini ? Ahahahhaha.....itulah gambaran rumah ini. Saya ingin menjadikan tajuk tersebut sebagai satu projek......Hanya kerana rumah kampung ini adalah segala-galanya bagi kami. Okey.....tarik nafas dahulu........
Thursday, 8 December 2011
Tidak Mudah Memulakan langkah
Sesungguhnya tidak mudah untuk memulakan langkah pertama.....Hanya kekuatan hatilah yang akan memungkinkan segalanya. Tuhanku....Rahmati Diriku dan peliharalah aku.....
Tuesday, 6 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)